"Sebab salur darah tu banyak"

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama tak menulis, Allah beri juga kesempatan yang sebentar untuk berkongsi rasa. Alhamdulillah. (*joget2*)

Sebenarnya, sekarang ini adalah musim peperiksaan bagi semua pelajar perubatan di Ireland, terutamanya di Dublin. Tak dinafikan, bahang musim peperiksaan sudah mulai terasa sejak seminggu dua sebelum tarikh "hari yang ditunggu- tunggu". (okay tipu mungkin bagi sesetengah orang sahaja). Pagi tadi pelajar RCSI baru sahaja menduduki peperiksaan untuk kertas pertama kami, iaitu Clinical Examination- Data Collection. (Basically the paper asked us to prescribe medication to the patient, interpret a- not- so-brief research and some ethical stuffs in medicine) Alhamdulillah sekali lagi, sebab Allah permudahkan. Susah tak? Haha. Wallahua'lam. I've done my best, I leave the rest to Allah. :)

Jadi, boleh kata sepanjang study week, hati saya agak tidak tenang. Bukanlah sebab tidak habis mengulangkaji nota (semata- mata), tapi hati seakan- akan "crave" dengan kepuasan selain berlumba- lumba menghabiskan lecture notes atau menghafal fisiologi muka dan leher atau melakukan physical examination (central nervous system punya CC sangat mencabar!). Perkara ini terjadi sehinggalah saya terlihat status seorang sahabat di laman MukaBuku.

Status yang dikongsi adalah mengenai perbualan beliau dengan seorang pelajar Arab di surau. "Gist" daripada perbualan tersebut yang saya ingin kongsikan adalah pelajar Arab tersebut mengatakan kepada sahabat (yang sedang membaca Al Qur'an pada waktu itu) bahawa sangat rugi bagi seorang manusia yang mampu belajar (dalam konteks kos perubatan) bersungguh- sungguh, tetapi tidak bersemangat untuk menghafal dan mengamalkan al- Qur'an.

Pergh.

Sentap dia tak payak cakap la, menusuk kalbu, tembus pericardium menuju left ventricle terus (okay, over kejap).

Since pelajar Arab tu kata dia baru hafaz juzu' 10, saya pun terkial- kial mengira sudah juzu' ke berapa hafazan saya sekarang. Ouh, baru teringat. Juzu' 30 pun tak habis lagi, Tengok surah al- Mutaffifin pun rasa nak menangis (sebab pernah cuba hafaz surah ini dahulu, tapi tak berjaya. Lepas tu putus asa. Boleh pula macam tu kan? *lap air mata*) Tiba- tiba kan, perasaan cemburu yang amat sangat datang. Cemburu sebab kakak Arab tu boleh hafaz sehingga juzu' 10. Cemburu sebab dia tahu membahagikan masa untuk menghafaz dan belajar. Dan saya sangat percaya hafazan termasuk dalam rutin utama hidup dia.

(Tapi dia faham bahasa Arab, senang la nak hafaz)

Well, that is not the main reason why we should not try to at least, carve and understand the words of love that has been sent all away from above, through Prophet Muhammad, right? Kalau macam tu, adakah privilege of knowing the words of Allah hanya untuk bangsa Arab sahaja? (Tak marah tau, ini lebih kepada monolog dalaman kepada diri yang ditulis balik)

Baiklah, berbalik kepada topik utama. Selepas muhasabah dilakukan sebelum bacaan RS rumah, saya dapati diri ini sangatlah takut dan bersungguh- sungguh sangat kalau menghafal pharmacology epilepsy, parkinson disease, Alzheimer (you name it all), anatomy kepala dan leher, sehinggakan termination occipital artery yang kecil dan tak nampak kalau 'carikkan' kulit kepala, tu pun ambil tahu. Salur darah kat bahagian kepala dan leher? Tak payak cakap lah, terlalu banyak. Sangatlah banyak sebab bahagian muka dan kepala adalah tempat utama untuk mengawal anggota badan yang lain. Cranial nerves? Saya literally hampir menangis dalam bilik anatomy sebab tidak dapat jawab soalan Dr Farrel tentang semua facial nerves (functions, type of the nerve, muscles innervation, ganglions etc).

Tapi saya sangat pelik dengan diri ini, sebab tidak mempunyai perasaan yang sama ketika menghafaz al Qur'an. Perasaan "urgent" untuk menghafaz, memahami apatah lagi mengamalkannya pun tidak sehebat seperti menghafaz dan memahami lecture notes. Baru menghafaz, belum masuk bab memaknai ayat- ayat Tuhan dengan hati dan merutinkan ia dalam kehidupan. Sedangkan, Al Qur'an adalah kata- kata Allah. Manual hidup. Penenang hati. Pemujuk jiwa. Kata- kata yang sentiasa hidup. Tidak dibatasi waktu mahupun tempat. Surah al Fatihah yang kita selalu baca time solat, surah tu juga lah yang Rasulullah, para sahabat, Sultan Al- Fateh, Sultan Sulaiman, para wali baca sewaktu hidup mereka. Al- Qur'an yang kita selalu belek (kalau selalu la) adalah Al- Qur'an yang sama orang- orang muslim Palestine, Syria, China, Myanmar dan seluruh dunia baca dan hafaz.

"Jadi, adakah kita perlu hafaz al Qur'an je Sarah? Tak perlu study? Tapi itu kan jihad kita mai Ireland ni?"

Kalau sekarang ini kita boleh melapangkan sedikit masa untuk tengok movies, keluar berjalan atau membeli- belah selain daripada belajar, mungkin kita boleh lapangkan juga masa untuk menghafaz Al- Qur'an. Eh ke tidak? (Jawab Sarah, jawab) Terpulang pada diri mungkin. Tepuk dada, tanya iman. Terlalu banyak perkara untuk disyukuri sepanjang hidup ini berjalan. Kesyukuran bukan hanya satu perasaan, tetapi ia adalah satu gaya hidup. Jadi, manifestasi terhadap kesyukuran itu boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Be it through your solat, dzikr, du'as, good actions, decent words etc. My two cents would say; to memorize and act upon Al- Qur'an are ways to show your gratitude towards your Creator. Wallahua'lam.

"Turunnya Al-Qur'an itu tidak ada keraguan padanya, (iaitu) dari Tuhan seluruh alam" (32:2)

p/s: Masih lagi dalam musim peperiksaan. Mohon doa kalian agar "jihad" ini dipermudahkan, insyaAllah :)


Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

Paradox.

Yang terpendam.