Khabar daripada rindu.
Pada kerinduan yang sering bertanya khabar, Aku bungkam, kelu untuk menjawab pertanyaan yang tiba. Hati terasa desah untuk menyambut, perkhabaran rindu dari angin selatan, Membuai-buai palung hati yang lohong Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Terima kasih untuk penantian yang sepertinya, Tidak kunjung tiba. Terima kasih untuk harga kesetiaan, Yang teramat mahal nilainya. Terima kasih untuk kesabaran, Yang tidak pernah berkurang, bahkan lebih baik. Saat mentari naik, Aku mahu lebih menjadi hamba Dia yang bersyukur, Kerana kehidupan yang diberikan indah, Dan bertambah indah dengan hadirnya kamu. Namun buat masa ini, Aku hanya mampu menyahut perkhabaran rindu Dengan doa-doa seusai solat Doa-doa sepertiga malam Doa-doa saat langit mula menangis Juga doa saat kau singgah difikiranku. Buat masa ini juga, Aku harus membiarkan ketukan yang sering bertamu Kerana kupunyai impian yang mahu kukejar Dan kerana masanya masih belum tiba Untuk aku membuka pintu, ...