"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba- hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku" (89:27- 30)
Life indeed, is a mysterious journey . Start your day with a smile It will bring you through thousand miles Do your best, don't be shy Because the sunlight will never die Don't give up, don't give in Hey, everything will be fine As long as we don't complain Like how the world could be this plain.
CORETAN HATI: Bertahun menyemai rasa, alhamdulillah Allah jumpakan kita kembali pada waktu yang kukira terbaik. Terima kasih cinta untuk kesetiaan dalam menunggu. Terima kasih cinta untuk bukti kasih ini melalui perjanjian suci untuk Allah, untuk kita. 29 Jun 2020 Terpahat istimewa tarikh ini di sudut hati kerana saat itu mitsaqon gholizho termeterai. Disaksikan ahli keluarga kita yang disayangi. Majlis kita kecil, manis dan bermakna. Sentiasa membuatku tersenyum saat mengenangkan betapa istimewanya hari itu. ----------------------------------------------------------------------------------------- Some snippets on our nikah day. Tema: English style (simple) Pelamin: @ringkas.design. Dapat diskaun, harga RM650. Banyak pilihan and senang nak berurusan dengan mereka. Baju kurung dan veil: Beli di @galerikurung. Harga tak sampai RM120 pun. Tudung: Beli dengan kawan. Buy 1 free 1. Donning yang free tu sebab warna off white dia masuk dengan warna baju. Baju Melayu lelaki: @elrahex...
Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha keras azab-Nya. Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Dia yang terlalu baik diantara yang baik, kerana terlalu banyak nikmat yang Dia beri kepada kita hingga ke saat ini, terutamanya nikmat akal yang consciously sedar bahawa Dia adalah 'Ilah' dan "Rabb" kita. Moga- moga setiap hembusan nafas akan lebih menjadikan kita aware dengan state iman kita pada saat ini, insyaAllah. Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur saya hingga ke saat ini. Terasa dicintai apabila Dia telah menyelamatkan saya daripada tenggelam dalam lubang jahiliyah dan ignorant kepada cahaya islam yang terang dan tenteram. Kadang- kadang bila fikir balik, apalah sangat yang ada pada saya hingga Allah sanggup menghadiahi diri ini dengan pelbagai jenis nikmat, terutamanya nikmat mengenali Dia sebagai pencipta kita. Jadi, kena lebih banyak bersyukur deangan beramal, kerana ...
Comments
Post a Comment