And my dream is...?
Pernah tak terfikir apa rasanya untuk punyai impian yang besar? Impian yang bisa merubah sesuatu; manusia, alam, jiwa? Dahulu, saya kira untuk menjadi doktor ialah satu impian yang sangat besar. Bila orang tanya kenapa nak jadi doktor, dengan pantas saya akan jawab "sebab nak tolong orang". Ibu merupakan orang yang sangat signifikan dalam membentuk hala tuju dan impian saya sedari saya sekolah rendah. Ibu selalu ingatkan saya bahawa saya perlu jadi pelajar yang cemerlang agar "pintu- pintu" untuk mencapai cita- cita yang beliau tanamkan dalam hati saya itu senang untuk "dibuka" dan perjalanan untuk mengejar cita- cita akan lebih mudah. Saya sangat berterima kasih dengan ibu akan hal ini. :) ps: Ternyata benar, bahawa "madrasah" awal dalam tarbiyah anak- anak bermula dengan peranan ibu dan bapa dalam mendidik dan menghalakan impian anak- anak di dunia dan di akhirat. Tarbiyatul aulad gituh. Boleh belajar daripada ibu bapa tokoh- tokoh ...