Pada kebanyakan orang, perkara yang saya alami sejak dua menjak ini, is a bless. Ramai kot berharap they were in my shoes. Seperti anugerah dari langit, tak dipinta tapi turun berbondong- bondong.Ya. Mulanya saya ingat seperti itu juga. Hati berbunga- bunga. Masakan tidak, rupanya pipih yang kecil ini mempunyai nilai pada mata sang helang. Helang yang terbang tinggi di angkasa, gagah mengepak sayapnya membelah awan yang tebal. Namun, pada hari- hari yang dilalui, saya berasa takut dengan diri saya. Saya berasa takut dengan hati saya. Kerana saya tidak tahu, apa nilai diri yang banyak terjerumus dalam lubang- lubang dosa ini punyai, melainkan bekas- bekas hitam, parut- parut luka dosa- dosa yang sering kali mengetuk pintu diri untuk melakukan maksiat kepada-Nya; dalam sepi atau ramai. Takut kerana dosa- dosa yang dilakukan mungkin sahaja menjadi debu- debu pada kaca hati, bisa menghalang cahaya Ilahi daripada tembus dan menerangi hati ini, serta memandu hati ke arah jalan yang Dia ...
Comments
Post a Comment