Lelaki pertama.
Saya rindu akan lelaki itu. Saya rindu akan lelaki pertama kali hadir dalam hidup saya. Saya rindu akan ayah. Bila saya muhasabah kembali perjalanan hidup saya, peranan "father figure" yang ayah mainkan telah membentuk sedikit- sebanyak diri, cara pandang serta cara saya berfikir. Antara sumbangan terbesar ayah kepada adik- beradik terutamanya saya, ialah dia memperkenalkan budaya membaca kepada kami sejak kami kecil lagi. Kami banyak berpindah- randah sebelum tahun 2005. Tetapi setiap rumah yang kami tinggal, pasti akan ada satu sudut khas untuk mini perpustakaan keluarga. Setiap bulan, ayah akan membelikan majalah- majalah yang berinformasi dan sarat dengan ilmu dan berita semasa seperti Asuh, Dewan Bahasa, Dewan Ekonomi dan Dewan Sastera. Ayah akan beli majalah- majalah serta buku- buku yang sesuai dengan umur serta tahap pemikiran kami pada waktu itu. Contohnya, ketika saya di sekolah rendah, ayah akan membeli majalah/ buku yang "comel- comel" seperti Asu...