Dear Sumaiyah #1

Assalamualaikum Sumaiyah.


Sue, saya rasa betul apa yang Sue pernah cakap pada saya sebelum ini. Mengenai isi hati manusia yang sentiasa menjadi misteri, kecuali kepada empunya diri. Dan juga Sang Pencinta yg menciptakan dia.

Sue, tadi saya cuba meluahkan rasa rindu saya pada ayah kepada seorang sahabat. Saya ketuk pintu dia, dan bergegas menuju kearahnya yg sedang tekun belajar. Saya katakan pada dia yg saya rindukan ayah. Kemudian dia membalas, "kalau rindu ayah, beritahu sahaja kpdnya. Mengapa kamu memberitahu saya?".

Saya terpempan. Bukan kerana terguris dgn kata-katanya. Tetapi terdapat secalit rasa malu dan kesal pada diri, kerana mengharapkan manusia utk menyelesaikan masalah hati ini.

Saya lupa kot. Bahawa Allah menetapkan sesuatu hal ke atas manusia dgn rasa cinta dan kasih. Mungkin ada hikmah atas apa yg berlaku pada saya dan keluarga. Mungkin sahaja Tuhan mahu mengajarkan kpd saya erti pergantungan kpd Dia. Kalau sunyi, cari Dia. Kalau rindu, adukan kpd Nya. Kalau gembira, ucapkan setinggi tinggi kesyukuran kpdNya. Kalau marah, pinta agar Dia berikan kesabaran.

Halus dan penuh kasih betul teguran Allah pada saya harini. Terima kasih juga Sue, kerana sudi menjadi pendengar hati. Penasihat jiwa. Teman yg mengingatkan. Ingin saya menjadi sehebatmu wahai Sue! :)

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

Paradox.

Yang terpendam.