Cas Iman!
Assalamualaikum wbt. Sungguh, sekarang baru rasa susahnya nak ajak orang lain kepada kebaikan, kepada perkara yang Allah redha itu sendiri. Bukanlah nak kata diri ini dekat sangat kepada Tuhan sampai tidak buat dosa langsung,jauh sekali syurga tu pasti menyambut saya sebagai penghuninya. Allah, sudah pasti itu yang diimpikan. Tapi bila fikir pasal usaha untuk dapatkan syurga itu sendiri, boleh buat jatuh menangis terduduk. Baru kena reject sikit, sudah berputus asa untuk menyebarkan kebaikan. Baru 3 missed calls je, sudah anggap dan cop orang tersebut tidak mahukan kebaikan. Walhal Rasulullah dahulu, 100 kali ketuk pintu rumah Abu Jahal untuk sampaikan firman- firman Allah. Dalam masa sehari. Awak, 100 KALI kot. Dan Abu Jahal memang sedari dakwah secara jahar (jelas) di Bukit Safa memang menolak dakwah Nabi. Tapi Nabi tidak berputus asa. Ya. Baginda tidak berputus asa. Melalui kisah baginda itu, Allah mungkin mahu mengajar kita yang menjalani tujuan hidup sebagai khalifah