Mitsaqon Gholizho
CORETAN HATI: Bertahun menyemai rasa, alhamdulillah Allah jumpakan kita kembali pada waktu yang kukira terbaik. Terima kasih cinta untuk kesetiaan dalam menunggu. Terima kasih cinta untuk bukti kasih ini melalui perjanjian suci untuk Allah, untuk kita. 29 Jun 2020 Terpahat istimewa tarikh ini di sudut hati kerana saat itu mitsaqon gholizho termeterai. Disaksikan ahli keluarga kita yang disayangi. Majlis kita kecil, manis dan bermakna. Sentiasa membuatku tersenyum saat mengenangkan betapa istimewanya hari itu. ----------------------------------------------------------------------------------------- Some snippets on our nikah day. Tema: English style (simple) Pelamin: @ringkas.design. Dapat diskaun, harga RM650. Banyak pilihan and senang nak berurusan dengan mereka. Baju kurung dan veil: Beli di @galerikurung. Harga tak sampai RM120 pun. Tudung: Beli dengan kawan. Buy 1 free 1. Donning yang free tu sebab warna off white dia masuk dengan warna baju. Baju Melayu lelaki: @elrahexclusive.