Posts

Rindu.

"Apakah arti memiliki, ketika diri kami sendiri bukanlah milik kami? Apalah arti kehilangan, ketika kami sebenarnya menemukan banyak saat kehilangan, dan sebaliknya, kehilangan banyak pula saat menemukan? Apalah arti cinta, ketika kami menangis terluka atas perasaan yang seharusnya indah? Bagaimana mungkin, kami terduduk patah hati atas sesuatu yang seharusnya suci dan tidak menuntut apa pun? Wahai, bukankah banyak kerinduan saat kami hendak melupakan? Dan tidak terbilang keinginan melupakan saat kami dalam rindu? Hingga rindu melupakan jaraknya setipis benang saja." -Tere Liye-

Ukhuwah antidote.

Kehadiran akhawat sentiasa menjadi antidote untuk hati yang sakit. Sakit dengan asbab rasa kehilangan ruh dan jalan mencari Tuhan. Hanya dengan senyuma  mereka, hati yang meradang mula kendur menjadi sedikit tenang. Mungkin ia tahu, hati- hati yang dihadapannya itu sedang tenang juga. Tenang dalam mengendalikan perjuangan yang sama, mungkin. Melihatkan hamasah dan mujahadah mereka untuk bertahan atas jalan ini, sungguh membuatkan aku kagum. Walhal mereka punyai 1001 alasan untuk melalui kehidupan seperti manusia- manusia lain. Tetapi mereka memilih lorong yang berbeza, hanya untuk meraih redha dan cinta Allah. Umur mereka mungkin baru setahun jagung dalam jalan ini. Tetapi amal- amalnya umpama orang yang seakan lama mengharungi onak dan duri. Terima kasih Allah, untuk hadiah ini. Ternyata akhawat sememangnya antidote yang berkesan untuk merawat hati yang sedang terluka. :)

Doktor dan ahli syurga.

"Selamat pagi, doktor". Senyum. "Doktor, tumpang lalu, ya?". Terus berganjak dua langkah kehadapan untuk beri ruang kepada jururawat yang sedang menolak mesin ECG di dalam wad. Senyuman berbalas. "Doktor, tumpang tanya, doktor tahu tak area 004 di mana?". Langkah dihentikan dan diterangkan kedudukan area itu kepada pesakit. "Doktor, sudah mahu balik ka? Hati- hati ye, doktor". Lambaian dan senyuman saling diukir dengan pakcik guard hospital.  Impak kot putih. Kot putih yang dipakai oleh petugas- petugas kesihatan sememangnya memberi satu gambaran yang mendalam kepada masyarakat; penyelamat nyawa/ orang yang tolong memulihkan keadaan disaat hanya kita yang berasa sakitnya diuji dengan penyakit etc. Selalunya masyarakat akan melihat kot putih ini sebagai pakaian doktor. Mind yourself, even pharmacists, physiotherapists and radiologists wear this coat. (Saya pun selalu tertukar antara doktor sdan fisioterapist haha).  Dan ma...

Chin up, dearself.

Image
" Like a small boat On the ocean Sending big waves Into motion Like how a single word Can make a heart open I might only have one match But I can make an explosion " .. even ordinary people can do extraordinary things. Be strong. Allah is always with you. :)

Residency Senior I

Image
Alhamdulillah, all praise to Allah, The Almighty and The Most Merciful of all. Today, I am already in the third week of my Medicine rotation. To be specific, I have already started with Nephrology component. It was tiring and wonderful at the same time. I never really appreciate the function of kidneys until I came to the ward to day. Common cases seen: end stage renal failure (ESRF) secondary to many conditions. Quite surprise to see a 24-year- old patient who has regular dialysis due to ESRF. Such a young guy to get interjugular vein catheter. It reminds me of age won't prevent us from getting sick. However, Allah knows his capability to undergo such test. May Allah ease his undertakings and hardships insyaAllah. I dozed off this afternoon during my bed side teaching with Dr J. I was puzzled to identify the causes of my sleepiness. Nontheless, medicine is sucking my energy up. Enough to make me sleep while walking or eating. You see, my white coat is no longer...

Of pakcik, death and slave.

Cerah cuaca pagi ini. Alhamdulillah. Terasa seperti disuntik dengan satu semangat yang baru. Terima kasih buat Tuhan yang menciptakan langit yang cantik tanpa cacat cela. Semalam punyalah lebat hujan. Langit nampak sangat gloomy. Semacam satu refleksi buat hati yang tengah bercelaru dan terkapai- kapai hampir lemas.. **** "Doktor, buah pinggang saya rosak ke?" "Ha'ah pakcik. Ada naik sikit bacaan kat buah pinggang pakcik. Tak elok ni". Lembut je Dr S balas. Senyumannya tak pernah lekang daripada bibir. "Teruk sangat ke? Saya akan mati ke dalam masa terdekat?", suara pakcik mula bergetar. "Eh pakcik. Don't say like that. Buah pinggang pakcik masih dapat lagi bertahan. Tapi kalau pakcik tak kawal makan, tak makan ubat, lama- lama boleh jadi teruk. Kalau pakcik buat semua yang saya suruh, pakcik boleh hidup untuk jangka masa 10 tahun lagi, 15 tahun atau 20 tahun". Bersungguh- sungguh doktor S explain kat pakcik. Saya y...

Cerpen: Cerita Kita (Part 1)

Cepat- cepat dia menaiki tangga rumah dua tingkat itu. Gaya macam orang yang tak cukup tanah. Beg tangan Kipling yang bewarna biru gelap dipeluk erat. Tak lama selepas itu.. Dang!!! "Astaghfirullahal adzim", serentak Balqis dan Muadz mengucapkan istighfar kerana terkejut dengan bunyi hempasan pintu yang amat kuat itu. Muadz berhenti membaca kitab Ihya' Ulumuddin dan memandang Balqis. Balqis yang sedang menyusun kuih lapis untuk minum petang juga berhenti daripada meneruskan rutin hujung minggunya itu dan memandang suaminya kembali. Hening seketika untuk beberapa detik. Hanya bunyi kipas yang menemani suasana antara Balqis dan Muadz.  "Kenapa dengan Sumaiyah tu?", tenang Muadz bertanya kepada Balqis. Kitabnya disusun kembali di rak buku yang terletak bersebelahan dengan kerusi bacaannya.  "Hurm. Nampaknya anak kita ada masalah la abi. Takpelah, biar ummi pergi berborak dengan dia", balas Balqis sambil tersenyum kepada Muadz. ...