Posts

The unseen struggles.

Saya rasa belakangan ini Allah sangat menguji saya dengan perasaan- perasaan mazmumah yang sentiasa hadir hinggap di hati ini. Skala kesusahannya: 10/ 10. Sebab apa- apa yang melibatkan hati, pasti ianya akan membentuk tindakan- tindakan yang diambil serta cara fikir dan pandang terhadap sesuatu atau seseorang.  Bukanlah nak kata sebelum ini saya bebas terus daripada perasaan- perasaan tersebut seperti buruk sangka, tidak sabar, tidak tawadhu' dan sebagainya. Tidak sama sekali. Tetapi yang buat saya terkilan ialah saya sedar akan kehadiran perasaan- perasaan ini, namun sukar sekali untuk saya menghilangkannya. Saya berasa kesal dengan diri ini tatkala hati sangat "bergaduh" besar dalam membuat keputusan untuk menolak ketepi hal- hal tersebut. Ianya satu perjuangan yang tidak mudah. Apatah lagi senang. Moga Allah mengampuni dosa- dosa saya ini :'( Moga Allah beri kekuatan untuk lebih mujahadah dalam melawan nafsu dan amarah diri. Moga Allah berikan ilh...

Doktor yang robot?

Alhamdulillah Allah telah memberi saya peluang untuk merasai dan mempelajari erti kehidupan dan pengalaman di posting perubatan am. Tak dinafikan perasaan saya sepanjang posting tersebut ada yazid wa yankus (naik dan turun), kadang- kadang di 2 pengakhiran ekstreme pada keduanya.  Kini, saya sedang menghadapi surgeri posting pula. Minggu pertama di Hospital Seberang Jaya dan minggu kedua di General Hospital (GH) Pulau Pinang. Saya akui posting kali ini agak mencabar terutamanya dari segi fizikal, mental, rohani dan intelligent (kepandaian). Mana tidaknya, setiap hari ada bed site teaching (pengajaran dan pembelajaran di wad atau klinik) dengan pakar bedah atau tutor yang berbeza, perlu berada di hospital sebelum pukul 8am. Pernah sekali tu saya keluar pukul 6.20am ke hospital kerana BST kami bermula pukul 7am! Selama seminggu di GH, saya langsung tidak berkesempatan untuk bersarapan. Kadang- kadang makan sekeping biskut coklat. Kemudian makan secara proper ketika lunch. In...

Segregasi Islam?

Jika dahulu, saya sering berpendapat bahawa muslim yang hebat ialah muslim yang gencar dengan dakwahnya, hebat seni tajmik dan takwinnya, petah hujahnya di hadapan manusia lain, berapi- api taujihatnya hingga menusuk kalbu para pendengar serta banyak adik- adik binaannya.. ..namun sebelum saya pulang ke Malaysia, murabbi saya ada pesan mengenai "islamuna" (islam kami). Sedari itu, saya mula berfikir. Kita diajar dalam jalan tarbiyah dan dakwah bahawa islam ialah agama yang syumul, meliputi seluruh kehidupan kita. SELURUH kehidupan, bukan sesetengah. Ini bermakna setiap yang kita lakukan sesimple makan dan minum, islam ada ajar adab- adabnya, hikmah- hikmah makan dengan adab serta doa- doa yang berkaitan. Hal ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung, tidak berlaku segregasi antara islam dan kehidupan kita. Masyarakat kini sering berpendapat bahawa islam hanya sekadar di atas tikar sejadah, di masjid- masjid, di majlis- majlis ta'alim serta kenduri tahlil. ...

Alumni.

Haritu baru je terfikir "bila lah agaknya alumni sekolah ni nak buat gathering; hi tea ke, tamrin ke. Teringin nak pergi" Tup tup dapat tahu 3 hari lpas tu Alumni SEPINTAR ada buat Hari Terbuka Alumni 2 April ni. Punya la excited smpai tanya naqibah ada apa- apa program, daurah atau usrah tak time tu sebab nak balik dan pergi ke SEPINTAR. Siap mark tau dalam buku peribadi. Huhu yang menariknya, setakat yang tahu tak ramai batchmates nak datang. Ada hal kot. Dan ramai sangat batch- batch awal nak join. Mungkin angka tu termasuk isteri/ suami dan anak- anak mereka Den ni bujang lagi, jadi mai sorang la insyaAllah. Senang sikit. Time- time bujang ni la boleh buat banyak perkara sikit. (Aiseh, cakap macam ada pengalaman dah kahwin pula) Haha. Dah siap ada baju khas untuk ke Hari Terbuka tu nanti. Lols. Semangat pula. Anyway, let's done with this medicine rotation :)

Cahaya harapan di Wad perubatan.

Di hospital, saya banyak belajar daripada pesakit- pesakit erti sabar dan bersikap positif kepada Allah. Aneh, even pesakit- pesakit yang kronik masih lagi mampu tersenyum dan bergelak ketawa bercerita perihal kehidupannya serta penyakit yang mereka alami. Walaupun mereka di diagnose dengan congestive heart failure, kronik diabetes type 2 yang tahap tinggal 1 je jari kaki sebab kena potong, kidney failure yang memerlukan dialysis yang berterusan dan prostate kanser dan sebagainya. Kadang- kadang penyakit mereka seperti bom jangka; hanya menunggu masa dipanggil Allah (tapi yang sihat pun boleh je ditarik nyawa bila- bila). "Akak ni nampak happy je. Bagus sangat subhanallah. Macam mana akak hadapi benda yang jadi kat akak ni?" "Alah dik, benda dah nak jadi kan. Kita kena la hadapi dengan redha. Mula- mula memang sedih. Tapi sampai bila? Menangislah air mata darah pun, bukan akak boleh sembuh pun. Bukan boleh tumbuh balik jari kaki akak ni. Haha. Tengok ni (sambil ge...

Hari kedua di wad.

Usai solat Zohor di kampus, tiba- tiba saya berasa begitu sedih. Hati jadi sayu, tanpa sebab yang jelas. Mungkin peristiwa di wad 5 dan 6 menjadi puncanya. Sepanjang perjalanan ke Hospital Seberang Jaya, saya berdoa kepada Allah agar Dia bantu dan bimbing saya serta beri saya kekuatan untuk menghadapi hari ini di hospital. Bukan apa, saya ni jenis mudah berasa sedih dan simpati dengan orang. Hanya dengan mendengar kisah- kisah sedih daripada pesakit, saya boleh je menangis. Tengok keadaan mereka pun boleh membuatkan saya sebak. Saya juga berfikir bagaimana caranya untuk berkenalan dengan staf nurses, doctors dan specialists yang ada dalam wad.Yelah, mungkin saya boleh belajar sedikit sebanyak daripada pengalaman mereka juga. Haha. Sampai je di wad 6, team kami berbincang tentang siapa yang akan clerk (ambil sejarah hidup) pesakit untuk dibentangkan pada doktor keesokan harinya. Selepas itu, kami berpecah mengikut kumpulan kecil yang dibentuk. Tetapi saya memilih untuk bergerak so...

Kemaafan.

Ada seorang sahabat pernah berkata, ukhuwah ialah buah kepada iman. Seandainya ukhuwah itu tergugat, maka masalahnya ada pada iman.  Sahabat, Andainya ada kekasaran pada bahasa yang saya tuturkan menyebabkan anda terluka hati, maafkan saya. Andainya ada tindakan saya yang kamu rasakan berlebih- lebihan sehingga menimbulkan rasa tidak senang pada hatimu,maafkan saya. Andai saya melakukan sesuatu yang out of common sense kamu sehingga hatimu tergores, maafkan saya. Sesungguhnya iman saya yang compang- camping menyebabkan kelakuan dan tindakan buruk dan jijik itu terpamer hodoh pada pandangan anda. Sekali lagi, maafkan saya. Kerana saya masih lagi seorang manusia yang tidak lepas daripada belenggu kesilapan dan dosa. Walaupun saya budak sekolah agama. Walaupun saya budak usrah. Walaupun saya berkerudung labuh. Hakikatnya saya hanya seorang manusia. Maka sahabat, tegurlah saya kerana Allah, bimbinglah saya kearah yang lebih baik, nasihatilah saya agar say...