Cerpen: Cerita Kita (Part 1)
Cepat- cepat dia menaiki tangga rumah dua tingkat itu. Gaya macam orang yang tak cukup tanah. Beg tangan Kipling yang bewarna biru gelap dipeluk erat. Tak lama selepas itu.. Dang!!! "Astaghfirullahal adzim", serentak Balqis dan Muadz mengucapkan istighfar kerana terkejut dengan bunyi hempasan pintu yang amat kuat itu. Muadz berhenti membaca kitab Ihya' Ulumuddin dan memandang Balqis. Balqis yang sedang menyusun kuih lapis untuk minum petang juga berhenti daripada meneruskan rutin hujung minggunya itu dan memandang suaminya kembali. Hening seketika untuk beberapa detik. Hanya bunyi kipas yang menemani suasana antara Balqis dan Muadz. "Kenapa dengan Sumaiyah tu?", tenang Muadz bertanya kepada Balqis. Kitabnya disusun kembali di rak buku yang terletak bersebelahan dengan kerusi bacaannya. "Hurm. Nampaknya anak kita ada masalah la abi. Takpelah, biar ummi pergi berborak dengan dia", balas Balqis sambil tersenyum kepada Muadz. ...