Posts

Showing posts from April, 2016

The unseen struggles.

Saya rasa belakangan ini Allah sangat menguji saya dengan perasaan- perasaan mazmumah yang sentiasa hadir hinggap di hati ini. Skala kesusahannya: 10/ 10. Sebab apa- apa yang melibatkan hati, pasti ianya akan membentuk tindakan- tindakan yang diambil serta cara fikir dan pandang terhadap sesuatu atau seseorang.  Bukanlah nak kata sebelum ini saya bebas terus daripada perasaan- perasaan tersebut seperti buruk sangka, tidak sabar, tidak tawadhu' dan sebagainya. Tidak sama sekali. Tetapi yang buat saya terkilan ialah saya sedar akan kehadiran perasaan- perasaan ini, namun sukar sekali untuk saya menghilangkannya. Saya berasa kesal dengan diri ini tatkala hati sangat "bergaduh" besar dalam membuat keputusan untuk menolak ketepi hal- hal tersebut. Ianya satu perjuangan yang tidak mudah. Apatah lagi senang. Moga Allah mengampuni dosa- dosa saya ini :'( Moga Allah beri kekuatan untuk lebih mujahadah dalam melawan nafsu dan amarah diri. Moga Allah berikan ilh

Doktor yang robot?

Alhamdulillah Allah telah memberi saya peluang untuk merasai dan mempelajari erti kehidupan dan pengalaman di posting perubatan am. Tak dinafikan perasaan saya sepanjang posting tersebut ada yazid wa yankus (naik dan turun), kadang- kadang di 2 pengakhiran ekstreme pada keduanya.  Kini, saya sedang menghadapi surgeri posting pula. Minggu pertama di Hospital Seberang Jaya dan minggu kedua di General Hospital (GH) Pulau Pinang. Saya akui posting kali ini agak mencabar terutamanya dari segi fizikal, mental, rohani dan intelligent (kepandaian). Mana tidaknya, setiap hari ada bed site teaching (pengajaran dan pembelajaran di wad atau klinik) dengan pakar bedah atau tutor yang berbeza, perlu berada di hospital sebelum pukul 8am. Pernah sekali tu saya keluar pukul 6.20am ke hospital kerana BST kami bermula pukul 7am! Selama seminggu di GH, saya langsung tidak berkesempatan untuk bersarapan. Kadang- kadang makan sekeping biskut coklat. Kemudian makan secara proper ketika lunch. In ter