Segregasi Islam?
Jika dahulu, saya sering berpendapat bahawa muslim yang hebat ialah muslim yang gencar dengan dakwahnya, hebat seni tajmik dan takwinnya, petah hujahnya di hadapan manusia lain, berapi- api taujihatnya hingga menusuk kalbu para pendengar serta banyak adik- adik binaannya.. ..namun sebelum saya pulang ke Malaysia, murabbi saya ada pesan mengenai "islamuna" (islam kami). Sedari itu, saya mula berfikir. Kita diajar dalam jalan tarbiyah dan dakwah bahawa islam ialah agama yang syumul, meliputi seluruh kehidupan kita. SELURUH kehidupan, bukan sesetengah. Ini bermakna setiap yang kita lakukan sesimple makan dan minum, islam ada ajar adab- adabnya, hikmah- hikmah makan dengan adab serta doa- doa yang berkaitan. Hal ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung, tidak berlaku segregasi antara islam dan kehidupan kita. Masyarakat kini sering berpendapat bahawa islam hanya sekadar di atas tikar sejadah, di masjid- masjid, di majlis- majlis ta'alim serta kenduri tahlil. ...