85 cents.
Sumaiyah melihat jam tangannya. Nampaknya jadual harian yang telah dia rancang semalam lari deripada perancangan asal. Dia terpaksa korbankan 2 jam yang berharga demi memenuhi undangan sahabat di majlis rumah terbuka mereka. "I should've been more strict with my time. Looks like I have to reschedule everything all over again", omel Sumaiyah sambil mempercepatkan langkah. Ternyata keputusan untuk menukar bas di Dawson Street tidaklah begitu baik, kerana terlalu ramai manusia membanjiri kawasan tersebut serta kawasan sekitarnya. Hal ini lebih membataskan dirinya untuk bergerak dengan cepat. "This is not good", bisik Sumaiyah. Langit kelihatan semakin mendung. Mungkin dalam masa 5 minit lagi "rahmat" dari langit akan turun membasahi bumi Dublin. Dan tekaan Sumaiyah itu tepat. Dalam keadaan dia berjalan laju seperti kebiasaan penduduk Irish yang lain, hujan mula menitik dan menampar lembut pipi Sumaiyah. Sumaiyah segera berlari- lari anak. Keb