Detachment
Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah, pencipta langit dan bumi, serta yang memilik segala yang berada diantaranya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat yang telah berhempas pulas serta bermandi keringat, air mata dan darah dalam menyampaikan islam ke seluruh alam. Segala puji bagi Allah, atas nikmat islam dan iman yang dikurniakan Dia. Bila berfikir pasal satu- satu nikmat yang Allah beri, hati tidak akan pernah tidak untuk jatuh cinta pada tiap satunya. Nikmat ini, dia tidak hanya berupa perkara yang menggembirakan atau menyenangkan hati, ia boleh juga datang dalam bentuk yang menggugah hati, menjadilan diri gundah gulana, pedih atau perit. Itu yang unik tentang cinta Allah. Kerana mungkin sahaja Dia tahu, saat manusia tidak punyai apa- apa untuk dia bergantung harap pada, Allah menjadi pilihannya. Ianya unik kerana Allah tetap mahu hambaNya itu kembali kepada Dia, walaupun hamba itu sering lalai alpa daripada mengingati apatah l...